Kementerian arah guru mengamuk dipindah segera

Video guru wanita yang didakwa mempunyai masalah mental danmengamuk di sebuah bilik mesyuarat menjadi tular di media sosialsejak pagi tadi.

 

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan mengarahkan JabatanPendidikan Negeri Kedah menempatkan segera guru mengamuk semasamesyuarat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu bermulahari ini sementara siasatan mengenai punca selesai.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata,tindakan tersebut bertujuan untuk mententeramkan keadaan terutamaemosi guru berkenaan dan menjaga ketenteraman proses pengajaran danpembelajaran yang berlangsung di sekolah itu.

"Seorang guru dari sebuah sekolah di Kulim, Kedah telah didapatimenunjukkan reaksi yang tidak melambangkan profesionalisme seorangguru Malaysia dalam satu mesyuarat guru.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari laludan menjadi tular sehingga menimbulkan keresahan banyak pihak,"katanya hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya mengingatkan semua guruserta pentadbir sekolah agar sentiasa berkelakuan dan bertindaksecara profesional setiap masa khususnya dalam konteks sesama rakansekerja, murid serta masyarakat supaya kejadian seumpama ini tidakberulang.

"Kami juga menegaskan bahawa sebagai penjawat awam, merekahendaklah setiap masa menunjukkan teladan baik agar kepercayaan dankeyakinan terhadap profesion keguruan tidak menjadi bahanpersendaan masyarakat," katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Kelmarin, Exco Pendidikan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zainmenyatakan pihaknya memandang serius isu membabitkan seorang gurudi Kulim yang didakwa mengalami masalah mental tetapi masihdibenarkan mengajar.

Jelasnya, jika terbukti mempunyai masalah terbukti mempunyaimasalah mental, guru terbabit tidak sepatutnya meneruskan tugassebagai pendidik dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu mengambiltindakan segera dengan meminta guru terbabit mendapatkan rawatansehingga pulih sepenuhnya.