Guru amuk ditempatkan di PPD

 

廣告-請繼續往下閱讀

SEORANG guru sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk ketikamesyuarat guru dan menjadi tular dalam media sosial, ditempatkan diPejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu, hari ini.

 

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah di Kulim, Kedah yang mengamukketika mesyuarat guru dan menjadi tular dalam media sosial,ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu,hari ini.

 

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini, berkatatindakan guru wanita itu tidak melambangkan profesionalisme seorangguru.

 

"Kementerian mengarahkan Jabatan Pendidikan Kedah untukmenempatkan segera guru itu di PPD Kulim Bandar Baharu bermula hariini, sementara siasatan punca guru terbabit bertindak sedemikianselesai.

 

"Tindakan ini bagi mententeramkan keadaan emosi guru itu danmenjaga ketenteraman proses pengajaran di sekolah berkenaan,"menurut kenyataan itu.

 

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari lalu,menjadi tular dalam media sosial sehingga menimbulkan keresahanawam.

 

Video berdurasi kira-kira dua minit itu memaparkan guruberkenaan, dalam keadaan marah, mengeluarkan kata kesat sambilmengetuk meja pada satu pertemuan guru sekolah terbabit di bilikmesyuarat.

 

Kenyataan itu turut mengingatkan semua guru dan pentadbirsekolah untuk sentiasa berkelakuan serta bertindak secaraprofesional, khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja,murid dan masyarakat bagi mengelakkan kejadian seumpamanyaberulang.

 

"Sebagai penjawat awam, guru hendaklah pada setiap masamenunjukkan teladan yang baik agar kepercayaan dan keyakinanterhadap profesion keguruan tidak menjadi bahan persendaanmasyarakat," menurut kenyataan itu.