Timbalan Pengetua MRSM, anak direman

 

 

SHAH ALAM Seorang timbalan pengetua Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) di Selangor direman tujuh hari bermula hari ini, bagimembantu siasatan penyalahgunaan kuasa dalam pembekalan keperluanpelajar.

 

Turut direman bersama-sama suspek wanita berusia 40 tahun ituialah anak lelakinya yang berusia 24 tahun dan pemilik syarikatberusia 40 tahun.

 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, PSarulatha, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM).

 

 

Semalam, media melaporkan SPRM menahan timbalan pengetuaberkenaan dan anaknya kerana disyaki menyalah guna kuasa dalampemberian pembekalan keperluan pelajar kepada pihakberkepentingan.

 

Sumber berkata, semua suspek ditahan antara 4.30 petang hinggadan 7 malam tadi.

 

Menurut sumber, timbalan pengetua itu dipercayai menyalahgunakankuasa dengan memberikan kerja pembekalan barang keperluan pelajaryang berjumlah kira-kira RM79,000 secara rundingan terus.

 

Suspek dikesan melakukan perbuatan itu tanpa mengikut prosedurantara 2016 dan 2017.

10882 dibaca

 

TIGA individu termasuk Timbalan Pengetua Maktab Rendah SainsMara (MRSM) Kuala Kubu Baru dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alambagi mendapatkan perintah reman. - Foto Mohd Asri SaifuddinMamat