Mengapa Mesti Kejar Gelaran Guru Cemerlang?

 

Mengapa Kejar Guru Cemerlang. 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat lamanSistem Guru Online.

 

Posting kami kali ini ingin bercerita tentang ‘Guru Cemerlang’.Mungkin ramai antara kita tidak tahu apa itu Guru Cemerlang dan apayang bakal didapati dengan menjadi seorang guru cemerlang.

 

Sila baca penjelasan mengenai guru cemerlang ini. Artikel asalini bersumberkan kepada laman Cikguhailmi di http://www.cikguhailmi.com/2014/08/7-kelebihan-menjadi-guru-cemerlang.html.

 

Kelebihan Jadi Guru Cemerlang Sebagai penjelasan ringkas, gurucemerlang diumpamakan ‘pakar’ dalam bidang perubatan dan‘specialist’ dalam bidang industri. Golongan ini merupakan sumbermanusia yang amat penting dalam sesebuah organisasi namun merekabukanlah sebahagian daripada ahli pentadbiran. 

 

Mari baca apakah yang bakal menanti sekiranya anda seorang gurucemerlang! Kami yakin bila anda sudah bergelar guru cemerlang, andapasti tidak mengapa untuk menangani laman  SAPS bagimengisi data murid bukan. 

 

1. Cepat Naik Pangkat

Sebagai contoh yang dikongsikan oleh cikgu ini, dia hanyamengambil masa selama 11 tahun untuk mencapai DG48 dari peringkatasas iaitu DG 41.

Kebiasaannya, kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk menaikkantangga gaji ke DG44 melalui time-based yang cemerlang. Namun jikaanda memohon dan diterima sebagai calon Guru Cemerlang, andaperlukan 6 tahun sahaja untuk mengecapi DG 44.

廣告-請繼續往下閱讀

Contoh Laluan Masa Menjadi Guru Cemerlang

Dalam jadual ini, guru ini telah dilantik DG44 awal 2 tahunberbanding laluan guru lain.

2. Gaji Lebih Besar

Sudah pasti dalam pekerjaan, pendapatan memainkan perananpenting dalam memotivasikan diri.

Itulah kelebihan menjadi Guru Cemerlang. Seiring dengankelulusan, anda terus dinaikkan pangkat menjadi guru bergred DG48.

Biasanya anda memerlukan kurang lebih 16 tahun tempohperkhidmatan untuk layak mendapat DG 48 secara time based.

Mari lihat nilai gaji terkini bagi gred DG48 iaitu sebagaimanayang diisytiharkan pada tahun 2016 oleh Jabatan PerkhidmatanAwam.

Apabila anda mencapai gred DG48 ataupun DG48 yang lebih awal,bukan sahaja gaji pokok yang akan naik, kadar kenaikan gaji jugatidak sama dengan DG 41 dan DG 42.

Sebagai contoh, pada tahun ke- 8 gaji pokok DG44 sudah berjumlahRM 4,000 +500 = RM 4,500 berbanding laluan biasa RM 2,188 + 1,575 =RM 3,763 bagi gaji pokok.

Perbezaan anggaran ini sudah hampir RM 1,000 bagi permulaanposting tahun yang sama. Bukankah ini amat menarik?

3. Gelaran Guru Cemerlang

Dengan gelaran ini, ianya jelas menunjukkan status anda yangdiiktiraf secara rasmi dan bukan sekadar panggilan yang syoksendiri sahaja.

廣告-請繼續往下閱讀

Ini kerana, mungkin ada guru yang self-proclaim mereka adalahguru cemerlang namun tiada bukti rasmi dia mendapat gelaran itu danianya sekadar omong kosong sahaja.

4. Bebas Dari Pentadbiran

Bila layak mendapat gelaran ini, anda sudah bebas dari bidangpentadbiran. Kerana anda adalah pakar dalam mengajar pelajar danperlu fokus dalam kaedah dan kerja mengajar sahaja.

Pentadbiran yang dimaksudkan adalah hierarki yang tinggi iaitucontohnya Ketua Bidang, Penolong kanan, Penolong HEM, dansebagainya.

Sebahagian daripada guru lumrahnya tidak gemar menjadi golonganpentadbiran. Dan sekiranya ahli pentadbiran dianugerahkan gelaranCemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan sedia ada.

Dengan fokus kerja pada pelajar sebagai guru yang cemerlang,anda hanya perlu mengurus pelajar sahaja dan tidak perlu terbabitdengan mengurus cikgu cikgu sekolah yang lain.

5. Berkongsi Pengetahuan

Tujuan skop guru ini salah satunya untuk berkongsi pengetahuan.Anda merupakan mentor dan guru guru lain sebagai mentee. Konsepberkongsi ini adalah bersama sama meningkatkan sistem keberkesananmengajar bersama guru lain.

Bukanlah mengajar guru lain namun sama sama memberi idea untukmencari kaedah mengajar yang berkesan.

Sebagai Guru Cemerlang, perkongsian ini tidak dilimitkan padasekolah anda sahaja bahkan anda boleh ke sekolah lain untuk membuatperkongsian dan bengkel kaedah mengajar yang sama.

Ianya merupakan platform yang baik iaitu memberi peluang kepadakita menambah ilmu, berkongsi ilmu, dan mengenali kaedah guru gurulain dari sekolah yang pelbagai.

6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat

Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasikepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nakmenghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhitanggungjawab sebagai Guru Cemerlang.

廣告-請繼續往下閱讀

Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedahmengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp.Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dandapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkanperkara-perkara luar biasa.

7. Idola Kepada Rakan Guru Lain

Setelah anda perolehi gelaran ini, sudah pasti kerja yangdihasilkan amat baik dan menjadi contoh kepada rakan guru yanglain.

Dengan niat yang ikhlas untuk menyebarkan ilmu sudah pastigelaran ini memberi kepuasan dan ganjaran baik di dunia dan diakhirat. Disamping, anda berjaya menyampaikan legasi ilmu danmemanfaatkan seluruh masyarakat pendidik di Malaysia umumnya.

Gelaran ini sebenarnya bukan permit bahawa kita sudah bolehduduk selesa dan tidak bekerja keras lagi. Namun ianyasebaliknya.

Amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu disampaikan denganketelusan dan niat yang betul.

 

Sebagai kesimpulan, walau apa pun kelebihan yang ingin dikejaripastikan ianya menjadi manfaat kepada diri sendiri dan oranglain.

Seterusnya usah berputus asa dalam mendapat gelaran ini dan andapasti akan berjaya jika konsisten berusaha mendapat pelantikan ini.Sekian terima kasih.