Kakitangan awam tak perlu bimbang'

 

 

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan mengekalkanbilangan penjawat awam di negara ini.

 

Datuk Seri Najib Razak berkata, sejumlah 1.6 juta penjawat awamsedia ada berperanan penting sebagai peneraju dalam kalanganmasyarakat.

 

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan pelbagai manfaatkepada penjawat awam yang banyak membantu melaksanakan dasarkerajaan.

 

 

 

"Ada cakap-cakap nak mengecutkan saiz perkhidmatan awam, adayang hina penjawat awam kata kucing kuraplah, apalah.

 

"Saya nak beritahu, kerajaan pimpinan saya tidak akan kecutkansaiz perkhidmatan awam, jangan bimbang.

 

"Kita tetap jaga, yang kontrak pun kita sambung, yang patuthabis kontrak dia minta sambung, kita sambung lagi 'almostpermanent' (hampir tetap)," katanya berucap di hadapan lebih 10,000penjawat awam pada majlis Perdana Menteri Bersama Penjawat AwamKelantan di Wisma Persekutuan Kelantan, hari ini.

 

SEBAHAGIAN lebih 10,000 penjawat awam bergambar bersama PerdanaMenteri pada Majlis PM bersama Penjawat Awam Kelantan di WismaPersekutuan Kelantan, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi

 

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, DatukSeri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar danWilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

 

Najib menganggap penjawat awam sebagai benteng dan tulangbelakang kerajaan yang membolehkan pelbagai dasar dilaksanakandengan lancar.

廣告-請繼續往下閱讀

 

"Sesebuah kerajaan tidak mungkin dapat mentadbir dengan sempurnamelainkan penjawat awam berdiri teguh di belakang dan berkhidmatmenjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dankesungguhan.

 

"Tanggungjawab kita sebagai pemimpin semestinya mampu merangkadasar berwawasan yang bukan saja bersifat jangka masa pendek tapimenjangkau tempoh yang lebih lama," katanya