Mengapa Pihak Sekolah Tak Hantar Murid Sakit Terus Ke Hospital/Klinik?

Mengapa Pihak Sekolah Tidak Hantar Murid Sakit Terus KeHospital/Klinik?

 

 

KENAPA PIHAK SEKOLAH TIDAK HANTAR TERUS MURID YANG SAKIT KEKLINIK / HOSPITAL TETAPI MEMANGGIL IBU BAPA UNTUK TINDAKAN?

Ada friend dekat Facebook ni beritahu pagi tadi cikgu call suruhambil anak dia di sekolah sebab anak dia jatuh. Ada luka sikit.Jadi, dia tanya dan minta pencerahan kenapa pihak sekolah tak bolehhantar sendiri pelajar ke klinik / hospital. Bagus soalan dia nisebab ramai tak tahu prosedur. 

 

Sesungguhnya, pihak sekolah tak boleh hantar sendiri pelajaryang sakit atau cedera ke hospital.

Jika ada pelajar mengadu demam, pening, atau sakit, pihaksekolah tak boleh beri ubat. Misalnya paracetamol.(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil:9/2000 dan SPI Bil: 1/1995)

BUKAN LEPAS TANGAN 

Walaupun insiden jatuh / luka / kemalangan terjadi pada waktupersekolahan, pelajar itu tetap di bawah tanggungjawab ibu bapa.Ini ialah prosedur.

 

DASAR TIMBANG RASA

Jika sebelum ini ada kes pihak sekolah hantar terus pelajar kehospital, ia dibuat atas dasar TIMBANG RASA atau melibatkan kesKECEMASAN. Misalnya sawan atau sakit jantung. Tapi ibu bapa tetapdimaklumkan dalam perjalanan ke hospital dan guru akan mintakebenaran (lisan atau bertulis).

廣告-請繼續往下閱讀

Benda macam ni bukan benda runcit-runcit. Semua tindakan gurukepada pelajar memerlukan kebenaran bertulis dari ibu bapa.Tujuannya adalah untuk mengelakkan isu berbangkit di kemudianhari.

KEMALANGAN DAN KECUAIAN

Cuma, isu yang boleh dibangkitkan ialah keberadaan guru semasainsiden itu berlaku. Ada dua istilah penting iaitu 'kemalangan' dan'kecuaian'. 

Jika guru ada semasa kejadian, ia kemalangan. Jika guru tiadasemasa kejadian, ia kecuaian. Sebab tu kita cikgu-cikgu tak bolehlewat masuk kelas hatta 10 saat sekalipun. Risau jadi benda macamini.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Kesimpulannya, anak anda tanggungjawab anda. Pihak sekolah hanyaboleh bawa ke hospital dengan kebenaran ibu bapa. Kedengaranseperti mementingkan diri tetapi itulah kebenarannya. Perludiketahui juga setiap pelajar dilindungi skim insuran takaful(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995).