54,824 calon UPPK 2017 dapat 8A

Seramai 54,824 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA(UPKK) 2017 di seluruh negara pada tahun lalu berjaya mencatatkeputusan 8A, meningkat 18 peratus berbanding 46,461 calon padatahun sebelumnya.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil KhirBaharom, berkata tiada dalam kalangan keseluruhan 204,684 calonyang menduduki peperiksaan itu mendapat semua D bagi semua matapelajaran ditawarkan.

 

"Keputusan UPKK boleh disemak secara dalam talian menerusisemakan.islam.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas my SMS15888 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang pada 5 Februari ini,selain mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai jam 2petang ini.

 

"Mulai tahun ini, pengumuman keputusan UPKK akan dibuatdalam tahun semasa dan semakan maklumat calon yang berdaftar jugaboleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian," katanyapada majlis pengumuman keputusan UPKK 2017 di sini, hari ini.

 

Pelaksanaan peperiksaan UPKK diadakan kepada murid Tahun Limakelas KAFA untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajardalam bidang bacaan, selain hafazan Al-Quran, tahap pengetahuan dankefahaman pelajar dalam bidang Amali Solat serta Penghayatan CaraHidup Islam.

 

Mereka juga dinilai tahap pengetahuan dan kefahaman dalam IlmuFardu Ain dan Pengetahuan Islam serta kemahiran membaca dan menulisJawi.

廣告-請繼續往下閱讀

 

Jamil Khir berkata, peperiksaan UPKK merangkumi ujian dalamlapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara HidupIslam, al-Quran, Ulum Syariah (Akidah/Ibadah), Sirah, Adab (AkhlakIslamiah), Jawi dan Khat serta Lughah Al-Quran.

 

"Tahap pencapaian calon pula dilaporkan dalam bentuk gredberdasarkan pertimbangan terhadap ketekalan (konsisten), ketepatandan keadilan, yang ditafsirkan mengikut gred A (Cemerlang), B(Baik), C (Memuaskan) dan D (Lulus Tidak Mencapai TahapMinimum).

 

"Tahun lalu, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti matapelajaran al-Quran (99.7 peratus kelulusan), sekali gus menunjukkankejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah al-Quran danmengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

 

"Ini diikuti dengan Jawi Dan Khat (94.8 peratus kelulusan),Lughatul Quran (91.0 peratus kelulusan), Adab (Akhlak Islamiah)(93.0 peratus kelulusan), Ulum Syariah (Akidah & Ibadah) (85.7peratus kelulusan) dan Sirah mencatatkan 87.0 peratus kelulusan),"katanya.

 

Tahun lalu, 208,189 calon mendaftar untuk menduduki UPKK iaitu104,389 calon lelaki dan 103,800 perempuan serta 204,684 daripadamereka menduduki peperiksaan terbabit.

 

Bermula tahun lalu juga, pendaftaran calon UPKK kepada bukanwarganegara dibuka tertakluk kepada syarat ditetapkan dan statistikcalon bukan warganegara yang berdaftar pada 2017 seramai 206orang.