Setiap minggu ada laporan polis terhadap guru

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan hampir setiap minggu,ada ibu bapa yang membuat laporan polis dan menggunakan peguamterhadap guru di seluruh negara.

 

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kes itupula kebanyakannya membabitkan isu kecil seperti tindakan yangtidak keterlaluan oleh guru untuk mendisiplinkan anak mereka.

 

Beliau berkata kes itu juga biasanya tidak memerlukan campurtangan pihak berkuasa siasatan seperti polis dan peguam.

廣告-請繼續往下閱讀

 

Katanya, antara kes berkenaan termasuk di kawasan parlimennyaialah guru mengenakan denda atau memarahi murid atau guru merotansecara 'ringan' yang tidak mendatangkan kecederaan.

 

Beliau berkata apabila menerima laporan ibu bapa, polis perlumenjalankan siasatan walaupun sebenarnya ia adalah kes kecil danboleh diselesaikan secara rundingan.

 

"Apabila sudah buat laporan, tugas polis adalah untuk menyiasatlaporan yang dibuat dan ini membuang masa jika isu itu bolehdiselesaikan menerusi rundingan berbanding siasatan polis.

 

"Apabila isu boleh diselesaikan, ia membazir masa polis. Kes punkecil sahaja seperti denda dan cikgu marah murid," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikanMesyuarat Agung Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Sri Rahmat, di sini hari ini.

 

Nur Jazlan berkata isu disiplin pelajar masa masa ini diakuimembimbangkan tetapi ibu bapa tidak boleh menyerahkanpenyelesaiannya kepada guru semata-mata tanpa mereka melakukanapa-apa.

 

Lebih memburukkan keadaan, katanya, ibu bapa mengambil tindakanterhadap guru yang mendenda anak mereka.

 

"Kita anggap ibu bapa sudah mendapat pendidikan lebih tinggidaripada dulu, jadi mereka sepatutnya lebih bijak untuk mengatasimasalah secara rundingan tanpa menggunakan pihak ketiga sepertipeguam atau polis untuk menyelesaikan masalah anak mereka.

 

"Kes ini (ibu bapa buat laporan polis dan guna peguam) berlakusetiap minggu di seluruh negara termasuk di Parlimen Pulai yangsemakin meningkat.

 

"Sebelum ini kita tidak pernah mendengar ibu bapa menggunakanpeguam untuk mengambil tindakan terhadap guru yang mengenakantindakan disiplin terhadap anak mereka," katanya.