Sanggup tidak masuk kelas kerana ada guru bermasalah

Murid-murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) didaerah ini, tidak dapat memulakan sesi penganjaran dan pembelajaranseperti biasa apabila terpaksa duduk di luar pintu sekolah sejakawal pagi tadi.

Tindakan itu berikutan kebimbangan ibu bapa mengenai seorangguru lelaki sekolah itu yang bermasalah dan belum dipindahkan sejaklebih dua tahun lalu.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) sekolahitu, P Ramesh berkata, pihaknya telah lama bersabar dengan aduankepada guru besar termasuk Jabatan Pendidikan Negeri mengenaimasalah seorang guru lelaki sekolah itu yang sering memukulmurid.

 

Menurutnya, pada Jumaat lalu guru lelaki yang mengajar BahasaInggeris dan didakwa mengalami sakit mental dan menagih dadah telahmencederakan kepala seorang murid darjah enam menggunakan kerusiplastik.

Beliau turut menyatakan, guru besar sekolah itu pernahmemaklumkan guru lelaki berusia 35 tahun itu sakit selain terdapatrekod mengesahkan guru terbabit penagih dadah.

"Kami hairan bagaimana guru yang sakit mental dan penagih dadahmasih boleh dibenarkan mengajar, dan ini bukan perkara baru malahtelah lebih dua tahun kami bersabar termasuk membuat aduan namuntiada tindakan.

"Bila kami buat piket baru wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)turun dan memberi jaminan akan menghantar guru lain ke sekolahini.

廣告-請繼續往下閱讀

"Ini soal keselamatan anak-anak kami dan saya harap pihakberkenaan menunaikan janji mereka bukan seperti sebelum ini,"katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lebih kurang jam 10 pagimurid-murid berusia 6 hingga 12 tahun termasuk murid pra sekolahdiarahkan masuk ke bilik darjah masing-masing oleh wakil PPDselepas pihak tersebut membuat perbincangan, dengan pihak PIBG.