8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEKMATEMATIK

Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antarasubjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud disekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perluatau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Berikut 8 faktor kenapapelajar corot subjek ini.

1. Tiada pendedahan awal

Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengiradengan baik sebelum ke tadika atau sekolah biasanya mengalamimasalah dalam matapelajaran matematik.

2. Tidak hafaz sifir

Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah.Sepatutnya sudah hafaz sifir sebelum masuk tahun 4. Tapi ditingkatan 5 pun masih ramai yang tidak menghafaz sifir.

3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak

Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongakkerana kurang latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jariwalaupun telah masuk ke sekolah menengah. Mujurlah ketika ditingkatan 1 sudah boleh menggunakan kalkulator.

Banyak pelajar yang menyangka kalkulator mempercepatkan masamenjawab soalan peperiksaan. Ada pelajar sudah nak tamat spm pun6+2 pun pakai kalkulator. Sangkaan ini tidak benar. Soalanpeperiksaan telah digubah supaya kebanyakannya dapat diselesaikandengan lebih cepat jika kita tahu mencongak, menghafaz, memahamiatau menulis dengan baik.

廣告-請繼續往下閱讀

Pakar-pakar matematik seluruh dunia seperti Scott Flansburg(United States) dan West Wong (Malaysia) boleh mencongak dengansangat pantas.

4. Tidak pernah mengaplikasikan matematik dalam kehidupanseharian

Di gerai nasi lemak, makcik nasi lemak kirakan jumlah dan baki.Entah betul entah tidak kiraannya. Di kantin sekolah, kakak kaunterkirakan (mungkin tepat mungkin tak). Dapat duit raya, mak ayah ataubank kirakan. Jadi buat apa belajar matematik? Sekurang-kurangnyabiarlah mahir yang asas. Kerana asas ini akan digunakan kelak.

5. Tidak atau kurang memahami kerana malas berfikir

Untuk memahami kita perlu berfikir. Ramai orang malas berfikir,tidak bersungguh-sungguh dan cepat putus asa. Bagaimana nak tahukita benar-benar faham atau tidak? Jika kita boleh buat soalan yangpaling sukar sekalipun bermakna kita faham topik tersebut.

6. Terlalu banyak menyalin

Matematik perlukan banyak latihan bukan menyalin soalan. Carayang paling baik ialah gunakan buku kerja (workbook). Latihan dalambuku kerja dibahagikan kepada subtopik-subtopik. Terdapat contohpenyelesaian sebelum soalan pertama ditanya. Soalan-soalan inikebanyakkannya dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Ada ruanguntuk menulis jawapan dalam kotak tersebut. Buku kerja yang baikmestilah mempunyai jawapan termsuk jalan kira.

Jika ingin jadi hebat dalam Matematik, buat sendiri latihandalam buku kerja tersebut. Fikir sendiri bagaimana hendakselesaikan. Jangan minta sesiapa bantu. Ia boleh dilakukan keranasudah terdapat contoh. Cuma perlu ikut contoh itu. Setelah selesaibaru tengok jawapan. Kaji jawapan tersebut jika tidak dapat jawapanatau salah.

7. Tidak berlatih dengan masa

Seringkali pelajar merungut kerana “tak cukup masa”. Subjek apa?Ye betul. Subjek Matematik. Soalan 1 markah sampai 10 minit fikir.Biasakan diri dengan suasana peperiksaan. Kalau purata satu soalanialah 60 saat, maka buat dalam 60 saat atau kurang. Jika tidakcapai, cuba lagi sampai dapat.

廣告-請繼續往下閱讀

8. Sediakan buku conteng kira-mengira

Di samping buku teks & aktiviti, sediakan buku khusus utkanak anda bebas mengira, berfikir, mencongak, mencatat pelbagaiformula & melukis imaginasi sifir mengikut kreativiti masing2.Lagi bagus kalau ada tulisan & lukisan menggunakan pen ataupensel yg berwarna-warni.